Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sudah mula beroperasi pada jam 8.30 pagi tadi, susulan gangguan air tidak berjadual bermula semalam.
Bekalan air terawat bersih dan selamat mula disalurkan secara berperingkat mulai jam 2 petang tadi, dan dijangka pulih sepenuhnya jam 6 pagi Selasa, 27 Disember, manakala LRA Bukit Tampoi mula beroperasi semula jam 2.30 petang tadi.